Long Jenal | |
---|---|
Sultan Kelantan | |
Pemerintahan | 1835 - 1836 |
Didahului oleh | Sultan Muhammad I |
Diikuti oleh | Sultan Muhammad II |
Keputeraan | Long Zainal ibni Long Yunus Kota Bharu, Jajahan Kota Bharu, Kelantan Darul Naim |
Gelaran | Yang di-Pertuan Muda Kelantan Long Jenal ibni Long Yunus |
Ayahanda | Long Yunus |
Agama | Islam |
Long Jenal (Jawi: لوڠ جنال) merupakan putera kelima Long Yunus dan abang kepada Sultan Muhammad I dan memakai gelaran Yang Di-Pertuan Muda Kelantan. Baginda menjadi Raja Bendahara Banggol pada tahun 17 November 1801.
Raja Siam, Raja Rama I menganugerahkan gelaran Phaya Banggul (Raja Banggul) pada tahun 1812 dan Phra Bidaksha pada tahun 1842.
Terlibat dalam pergolakan takhta Kelantan pada tahun 1835, dan sempat menerajui Kelantan selepas kemangkatan adindanya Sultan Muhammad I, digantikan oleh anak saudaranya Long Senik Mulut Merah selepas perang saudara dan campurtangan Siam pada tahun 1837.
Selepas itu Baginda menjadi menteri di wilayah Daerah Nongchik, Patani dari tahun 1842 hingga 1845.
Mangkat di Nongchik, Patani pada tahun 1845[1].