Lorong memotong merupakan lorong pada jalan raya berbilang lorong atau lebuh raya yang terletak paling hampir dengan garisan tengah jalan atau pembahagi jalan. Di Malaysia, lorong memotong sering kali dirujuk sebagai lorong kanan berikutan pemanduan di sebelah kiri yang diamalkan. Ia juga sering dirujuk sebagai lorong laju kerana selalunya lorong memotong sering digunakan berpanjangan oleh kenderaan yang dipandu laju. Secara teorinya, lorong memotong sepatutnya hanya digunakan untuk memotong sahaja, supaya membolehkan pemandu memandu mengikut corak pemanduan tersendiri.
Di lebuh raya, susur keluar dan masuk dikhususkan untuk lorong perlahan, tetapi ada juga susur keluar atau masuk yang direka untuk digunakan oleh pemandu di lorong memotong, seperti susur keluar dari Lebuhraya Persekutuan LP 2 (arah Klang) ke Lebuhraya Pantai Baru
Lebuhraya Pantai Baharu yang hanya boleh digunakan oleh pemandu di lorong kanan.