| ||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
Lotus 2-Eleven merupakan sebuah kereta yang dikeluarkan oleh pengeluar kereta British, Lotus. Ia berasaskan model Lotus Exige S, maka ia turut menggunakan enjin 2ZZ-GE dilengkapi pengecas super yang sama. Dengan berat 670 kg dan kuasa enjin 252 bhp, model 2-Eleven memecut dari 0-100 km/j dalam masa 3.8 saat dan mempunyai kelajuan maksimum 241 km/j.[1] Dibina sebagai kereta kegunaan litar, ia berharga £39,995 (di UK) manakala tambahan £1,100 diperlukan untuk menjadikan kereta tersebut dibenarkan untuk digunakan di atas jalan raya.
Sedikit perbezaan antara versi litar dengan versi jalanan ialah kereta versi litar lebih panjang sedikit, iaitu 3872 mm[2] serta lebih ringan iaitu 666 kg[1].