Lotus Exige

Lotus Exige
Lotus Exige
Maklumat
PengilangLotus Cars
Pengeluaran2000-present
KelasKereta sport
Panjang3797 mm
Lebar1727 mm
Tinggi1158 mm
Berat Curb914 kg
BerkaitLotus Elise, Vauxhall VX220
Lotus Exige

Lotus Exige (sebutan: ex-seej) adalah kereta sport 2 pintu, 2 tempat duduk keluaran Lotus Cars. Ia sebenarnya adalah versi coupe bagi Lotus Elise, yang merupakan kereta roadster.

Model Exige asal (pernafasan biasa) dilancarkan pada tahun 2000 dan menggunakan enjin 1.8 L Rover Siri K. Ia menghasilkan 170 bhp dalam keadaan piawai dan 190 bhp bagi versi VHPD. Berbanding Elise, ia mempunyai arca roda lebih besar, pengasing hadapan, spoiler belakang besar serta bumbung gentian kaca.

Pada tahun 2004, Exige Siri 2 telah diperkenalkan. Ia menampilkan enjin Toyota/Yamaha 1.8 L 16 injap DOHC yang menghasilkan 190 bhp bagi enjin Toyota 2ZZ-GE.[1] Berbanding Elise Siri 2, ia mempunyai pengasing hadapan, bumbung gentian kaca, penutup enjin belakang dan spoiler belakang. Tujuan utama penambahan ciri aerodinamik tersebut ialah untuk menghasilkan lebih daya ke bawah (hampir 100 paun daya ke bawah pada kelajuan 160 km/j pada Exige berbanding hanya 13 paun pada kelajuan 160 km/j pada Elise).[1]

Pada Februari 2005, Lotus mengumumkan pengeluaran 50 buah kereta edisi terhad Exige, menggunakan enjin Toyota dengan pengecas super, yang meningkatkan kuasa kuda kepada 243 bhp. Kereta tersebut hanya boleh didapati dalam pilihan warna kuning dan hitam, mewakili warna rasmi Lotus Sport, serta dilabelkan sebagai 240R. Model tersebut menghasilkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.9 saat dan 0-160 km/j dalam masa 9.9 saat, dengan kelajuan maksimum 249 km/j.

  1. ^ a b Chris Walton (2006-06-28). "Full Test: 2006 Lotus Exige". Edmunds Inc. Dicapai pada 2008-03-07.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne