M. Amin | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Muhammad Amin bin Haji Ihsan 1 September 1924 |
Meninggal dunia | 8 Januari 2003 | (umur 78)
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Kuala Lumpur |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah, penulis |
Tahun aktif | 1950–2003 |
Terkenal kerana | |
Pasangan | Wan Rahmah Embong (meninggal dunia) |
Anak-anak | 9 |
Anugerah |
|
Muhammad Amin bin Haji Ihsan (1 September 1924 – 8 Januari 2003) atau lebih dikenali sebagai M. Amin merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Melayu. Beliau memulakan kerjaya sebagai Guru Polis di Perak. Sekitar tahun 50an, beliau telah berhijrah ke Singapura untuk memohon jawatan sebagai kelasi kapal. Tetapi, akhirnya beliau telah dipanggil berlakon di bawah arahan pengarah dari India di Malay Film Productions. Oleh kerana beliau pandai membaca, beliau juga telah berkhidmat sebagai guru untuk mengajar pelakon-pelakon Melayu untuk membaca, di syarikat Malay Film.
Apabila berhijrah ke Cathay-Keris, beliau telah berlakon dan belajar mengarah filem dari pengarah terkenal, L. Krishnan, yang disifatkan sebagai mentor dan guru di dalam industri perfileman.
M. Amin adalah seorang pengarah dan penulis prolifik, yang menggunakan observasi sosio politik bangsa Melayu ketika itu sebagai ilhamnya. Di dalam Lanchang Kuning, yang mendapat sambutan box-office, beliau telah mengenengahkan anti-hero sebagai watak utamanya. Di dalam filem tersebut, beliau telah mengkritik pemerintah Melayu yang tidak berlaku adil kepada rakyat. Di dalam filem Chuchu Datok Merah, sekali lagi, anti-hero adalah watak utamanya. Di dalam filem ini, isu masyarakat Melayu yang malas dan hanya bermegah dengan keturunan menjadi bahan utama filem ini. Sindiran pedas ini ditujukan kepada bangsa Melayu Singapura yang hidup miskin tetapi bermegah dengan keturunan dan mnegkhayalkan bahawa mereka masih menjadi bangsa utama di Singapura. Sifat malas bangsa Melayu ini lah yang menjatuhkan orang-orang Melayu di Singapura.