MEKO

Hessen (F 221), sebuah kapal frigat Kelas F124 (frigat Kelas Sachsen) milik Tentera Laut Jerman.

MEKO adalah satu keluarga kapal perang yang dibangunkan oleh sebuah syarikat dari Jerman iaitu Blohm + Voss. MEKO adalah satu hak cipta dagang. Ia bermaksud untuk "Mehrzweck-Kombination" (bahasa Melayu; kombinasi pelbagai guna). MEKO merupakan satu konsep pembinaan kapal tentera laut moden berdasarkan kepada pemodulan persenjataan, elektronik dan peralatan lain, bertujuan untuk memyenangkan penyelenggaraan dan pengurangkan kos. Kapal-kapal MEKO termasuk keluarga frigat, korvet dan bot peronda luar pantai. Pembinaan kapal-kapal MEKO bermula pada akhir 1970-an dengan proses merekabentuk dan seterusnya pembinaan MEKO 360 H1 untuk Nigeria.

Kapal-kapal di dalam kelas yang sama menggunakan sistem-sistem persenjataan yang berlainan. Sebagai contoh, bagi meriam utama, beberapa MEKO 200 menggunakan meriam Mk 45 Mod 2, manakala yang lain-lainnya menggunakan meriam laut Perancis 100 mm atau meriam Otobreda 76 mm.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne