Kerajaan Magadha | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Dinasti bertahan sekitar 1700 SM – 750 Masihi | |||||||||||
![]() Magadha dan Mahajanapada pada zaman Pembandaran Kedua | |||||||||||
![]() Keluasan wilayah empayar Maurya pada dan selepas abad keenam SM | |||||||||||
Ibu negara | Rajagriha (Girivraj) Kemudian, Pataliputra (kini Patna) | ||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Magadhi Prakrit Ardhamagadhi Prakrit | ||||||||||
Agama | Hinduisme Buddhisme Jainisme | ||||||||||
Kerajaan | Raja mutlak berdasarkan Arthashastra | ||||||||||
Samraat (Maharaja) | |||||||||||
• sekitar 544–492 SM | Bimbisara | ||||||||||
• sekitar 492–460 SM | Ajatashatru | ||||||||||
• sekitar 460–444 SM | Udayin | ||||||||||
• sekitar 437–413 SM | Nāgadāsaka | ||||||||||
• sekitar 413–395 SM | Shishunaga | ||||||||||
• sekitar 395–367 SM | Kalashoka | ||||||||||
Era Sejarah | Sejarah purba | ||||||||||
Mata wang | Panas | ||||||||||
| |||||||||||
Sekarang sebahagian dari | India |
Magadha ialah sebuah kawasan[1] serta sebuah Mahajanapada, 'Kerajaan Agung' pada zaman Pembandaran Kedua (600–200 SM) di kawasan selatan Bihar moden (sebelum perluasan) di Dataran India-Ganges. Masyarakat ini bertutur dalam bahasa Magahi, bahasa yang masih wujud di selatan Bihar. Magadha dikuasai oleh Dinasti Brihadratha, Dinasti Pradyota (682–544 SM), Dinsati Haryanka (544–413 SM) dan Dinasti Shaishunaga (413–345 SM). Penghuni memiliki perwakilan mereka sendiri di bawah ketua-ketua tempatan, Gramakas. Pentadbiran mereka terbahagi kepada sistem eksekutif, kehakiman dan ketenteraan.[2][3]
Magadha memainkan peranan penting dalam perkembangan Jainisme dan Buddhisme.[4] Magadha disusuli dengan tiga empayar utama India, Empayar Nanda (sekitar 345–322 SM), Empayar Maurya (sekitar 322–185 SM) dan Empayar Gupta (sekitar 240 SM – 550 Masihi). Empayar Pala juga memerintah Magadha dan menetapkan sebuah kem diraja di Pataliputra.[5][6]