Magdalena Andersson | |
---|---|
Perdana Menteri Sweden ke-34 | |
Dalam jawatan 30 November 2021 – 18 Oktober 2022 | |
Raja | Carl XVI Gustaf |
Timbalan | Morgan Johansson |
Didahului oleh | Stefan Löfven |
Digantikan oleh | Ulf Kristersson |
Pemimpin Parti Demokratik Sosial | |
Menyandang jawatan 4 November 2021 | |
Setiausaha Agung | Tobias Baudin |
Didahului oleh | Stefan Löfven |
Menteri Kewangan | |
Dalam jawatan 3 Oktober 2014 – 30 November 2021 | |
Perdana Menteri | Stefan Löfven |
Didahului oleh | Anders Borg |
Digantikan oleh | Mikael Damberg |
Ahli Riksdag | |
Menyandang jawatan 29 September 2014 | |
Kawasan pilihan raya | Daerah Stockholm |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Eva Magdalena Andersson 23 Januari 1967 Uppsala, Sweden |
Parti politik | Demokrat Sosial |
Pasangan | Richard Friberg (k. 1997) |
Anak | 2 |
Pendidikan | Sekolah Ekonomi Stockholm |
Eva Magdalena Andersson (sebutan Sweden: [eːva maɡdalena andɛʂɔn], lahir 23 Januari 1967) merupakan seorang ahli politik dan ahli ekonomi Sweden yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Sweden dari November 2021 hingga Oktober 2022,[1] dan sebagai ketua Parti Demokrasi Sosial sejak 4 November 2021.
Beliau menyertai Liga Belia Demokratik Sosial pada tahun 1983. Pada tahun 1992 beliau mendapat ijazah sarjana mudah dalam ekonomi di Sekolah Ekonomi Stockholm. Beliau berkhidmat sebagai penasihat dan pengarah perancangan dalam kabinet Göran Persson serta merupakan penasihat Mona Sahlin. Selepas pilihan raya 2014, Andersson telah dilantik sebagai ahli Riksdag dan menjadi Menteri Kewangan Sweden dalam kabinet Stefan Löfven. Selepas Löfven mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatannya pada Ogos 2021, beliau telah dilantik sebagai pemimpin Parti Demokratik Sosial.
Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Sweden oleh Riksdag pada 29 November 2021.[2] Sebelum itu, pada 24 November 2021, Riksdag telah melantiknya sebagai Perdana Menteri Sweden.[3] tetapi kejatuhan parti campurannya dengan Parti Hijau yang berlaku selepas Riksdag menerima cadangan belanjawan pembangkang dan bukan cadangan bajet daripada parti campurannya menyebabkan Andersson meletak jawatan beberapa jam selepas pemilihannya sebagai perdana menteri.[4]
Beliau menjadi Perdana Menteri negara Sweden yang pertama dari kaum wanita secara rasminya pada 30 November 2021 sekaligus menamatkan status Sweden sebagai satu-satunya negara Nordik yang tidak pernah mempunyai ketua pemerintahan yang lain jantina.[5][6]
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama bbc24