Dalam astronomi, magnitud mutlak merupakan magnitud ketara, huruf besar M, yang dipunyai objek jika ia berada pada jarak luminositi piawai dari kita, dengan ketiadaan pemusnahan antarnajam. Dengan kata lain, seolah-olah kita meletakkan bintang-bintang tersebut pada sama jarak untuk dibandingkan. Ia membenarkan keseluruhan kecerahan objek dibandingkan tanpa mengikut jarak.
Magnitud mutlak menggunakan konvensyen yang sama dengan magnitud visual, dengan perbezaan ~2.512, tepat 100(1/5) dalam kecerahan antara setiap magnitud (kerana 2.5125 ≈ 100). Bima Sakti, sebagai contoh, mempunyai magnitud mutlak lebih kurang −20.5. Maka, kuasar pada magnitud mutlak −25.5 adalah 100 kali ganda kecerahan berbanding galaksi kita. Jika kuasar itu dan galaksi kita diletak bersebelahan pada jarak yang sama, kuasar akan 5 magnitud (atau 100 kali) lebih cerah dari galaksi kita.