Maharaja Jepun 天皇 | |
---|---|
Empayar | |
Penjawat kini | |
Maharaja Naruhito dari Jepun sejak 1 Mei 2019 | |
Butiran | |
Gelaran | Kebawah Duli Yang Maha Mulia |
Pewaris takhta | |
Penyandang pertama | Maharaja Jimmu dari Jepun |
Pembentukan | 660 SM |
Persemayaman | Istana Maharaja Tokyo (kediaman rasmi) |
Laman sesawang | The Imperial Household Agency |
Jepun |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
Perlembagaan
Kehakiman
Prefektur
Pilihan Raya
Hubungan Luar
|
Negara-negara lain · Atlas Portal Politik |
Maharaja Jepun (天皇 , tennō, bahasa Jepun: "raja dari syurga", etimologi tidak diketahui pasti;[a] juga dipanggil 御門 mikado "Pintu Seri" dalam bahasa lama) ialah raja yang mengetuai negara Jepun serta satu-satunya penguasa masih bergelaran "Maharaja" di dunia kini. Baginda Maharaja mengetuai kerabat diraja Jepun seperuntukan Perlembagaan negara baginda sebagai "simbol negara dan kesatuan rakyat"[1] serta ketua adat dalam sistem raja berperlembagaan negara tersebut. Baginda juga menjadi lembaga tertinggi agama Shinto yang mempercayai baginda dan kerabatnya sebagai "titisan" langsung dewi Amaterasu.[2]
Kalangan orang Jepun sendiri membezakan antara maharaja yang sedang bertakhta yakni "Maharaja di-Tangga" (天皇陛下 Tennō Heika)[b] atau "Maharaja Semasa" (今上陛下 Kinjō Heika) dari penguasa sebelumnya yang masih hidup tetapi sudah turun bersara yakni "Atimaharaja" (太上天皇 Daijō Tennō).
Baginda raja mewarisi kerabat penguasa bertakhta paling tua yang berterusan di dunia.[4] Disebutkan dalam babad-babad Sarwapurba dan Riwayat Jepun bahawa Empayar Jepun diasaskan pada 660 SM oleh Maharaja Jimmu, catatan rasmi terdapat 126 orang yang menyandang gelaran ini sejak tahun 660 SM. Maharaja semasa ialah Naruhito yang telah bersemayam di Takhta Bunga Kekwa selepas ayahandanya, Akihito turun takhta pada 30 April 2019.
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan