Corona Australis | |
---|---|
Buruj | |
![]() | |
Nama Latin | Corona Australis |
Singkatan | CrA |
Genitif |
|
Sebutan | /korona au̯stralis/ atau /korona au̯strinus/, genitif /korone au̯stralis/ atau /korone au̯strine/ |
Simbolisme | Mahkota Selatan |
Pencerapan | |
(Epok J2000) | |
17j 58m 30.1113s–19j 19m 04.7136s[1] | |
Keserongan | −36.7785645°–−45.5163460°[1] |
Keluarga | Herkules |
Keluasan | 128 darjah persegi (ke-80) |
Bintang | |
Bintang utama | 6 |
14 | |
Bintang dengan planet | 2 |
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) | 0 |
Bintang dalam 10.00 pc (32.62 ly) | 0 |
Bintang paling terang | α CrA (4.10m) |
Bintang terhampir | HD 166348 (42.26 tc, 12.96 pc) |
Objek | |
Objek Messier | 0 |
Pancuran meteor | |
Buruj bersempadan | |
Catatan | |
Boleh dilihat pada garis lintang antara +40° dan −90°. Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Ogos. | |
sunting ![]() |
Mahkota Selatan atau Corona Australis atau Corona Austrina (CrA) ialah sebuah buruj di Hemisfera Samawi Selatan. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud "mahkota selatan", dan buruj ini merupakan padanan selatan bagi Corona Borealis (Mahkota Utara). Sebagai salah sebuah daripada 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, buruj ini kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden. Orang Yunani Purba melihat Corona Australis sebagai lingkaran dan bUkan mahkota dan mengaitkannYa dengan Sagittarius (Pemanah) atau Centaurus (Sentaur). Budaya-budaya lain telah menyamakan coraknya dengan penyu, sarang burung uta, khemah, atau juga pondok milik hiraks batu.
Sungguhpun lebih kabur daripada yang ternyata dalam namanya, corak berbentuk bujur atau berbentuk ladam pada bintang-bintang cerahnya menjadikannya berbeza. Alpha dan Beta Coronae Australis merupakan dua buah bintang tercerah dengan magnitud ketara sebanyak sekitar 4.1. Epsilon Coronae Australis merupakan contoh tercerah bagi bintang berubah W Ursae Majoris di langit selatan. Terletak di sebelah Bimasakti, Corona Australis mengandungi salah sebuah daripada rantau pembentukan bintang terdekat dengan Sistem Suria kita—sebuah nebula gelap berdebu yang dikenali sebagai Awan Molekul Mahkota Selatan, terletak sejauh kira-kira 430 tahun cahaya. Yang di dalamnya ialah bintang-bintang pada peringkat-peringkat terawal kehidupan. Bintang-bintang berubah R dan TY Coronae Australis mencahayai sebahagian nebula itu, yang kecerahannya berubah-ubah sewajarnya.