Maine Mendoza | |
---|---|
![]() Mendoza pada Mei 2017 | |
Kelahiran | Nicomaine Dei Capili Mendoza 3 Mac 1995 Santa Maria, Bulacan, Filipina |
Warganegara | Filipina |
Pusat pendidikan | De La Salle–College of Saint Benilde |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2015–kini |
Ejen | Triple A Management[1] |
Terkenal kerana | Yaya Dub dalam siri "Kalyeserye" dalam Eat Bulaga![2] |
Laman web rasmi | mainemendoza |
Nicomaine Dei Capili Mendoza (lahir 3 Mac 1995) ialah seorang pelakon dan personaliti televisyen Filipina.[3][4] Beliau terkenal dengan video tular Dubsmash dan peranannya sebagai Yaya Dub dalam anekawara tengahari Eat Bulaga! menerusi segmen "Kalyeserye", yang sebelum ini disiarkan di GMA Network dan di seluruh dunia melalui GMA Pinoy TV. Kemunculannya dalam Eat Bulaga! menarik perhatian kerana keserasiannya bersama pelakon peserta Alden Richards pada 16 Julai 2015[5][6][7] lalu menjadi fenomena tular Internet serata Filipina malah juga di serata dunia.[8] Beliau memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Metro Manila ke-41 untuk lakonannya dalam My Bebe Love: #KiligPaMore. Pada Oktober 2017, beliau mengeluarkan buku autobiografi pertamanya bertajuk Yup, I Am That Girl, yang merupakan versi blog peribadinya, Pessimistic Optimist Bella yang tidak ditapis.