Majlis Bandaraya Shah Alam مجليس بندارايا شاە عالم | |
---|---|
MBSA | |
![]() | |
Jenis | |
Jenis | |
Kepimpinan | |
Y.Bhg Dato' Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohd Yatim | |
Moto | |
Shah Alam Bandaraya Anggerik | |
Tempat persidangan | |
No. 1, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan | |
Laman sesawang | |
www | |
Catatan kaki | |
Mula beroperasi sebagai MPSA sejak 1 Januari 1978 - 10 October 2000 | |
sunting ![]() |
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Shah Alam, Selangor. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.