Majlis Bandaraya Iskandar Puteri | |
---|---|
MBIP | |
Jenis | |
Jenis | Kerajaan Tempatan |
Sejarah | |
Diasaskan | 22 November 2017 |
Didahului oleh | Majlis Daerah Johor Bahru |
Kepimpinan | |
Datuk Bandar | YB. DATO' HAJI MOHD HAFFIZ BIN HAJI AHMAD |
Struktur | |
Ahli | 25 orang ahli majlis |
Tempat persidangan | |
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Jalan Medini Sentral 9, Bandar Medini Iskandar, 79250 Iskandar Puteri | |
Laman sesawang | |
https://www.mbip.gov.my/ | |
Perlembagaan | |
Akta Kerajaan Tempatan 1976 | |
sunting |
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandar raya Iskandar Puteri, Johor. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis. MBIP merupakan pihak berkuasa tempatan kedua di negeri Johor yang bertaraf Bandar raya.