Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang terdiri daripada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah dilantik oleh Ketua Menteri bagi memegang portfolio tertentu.
Majis ini akan bersidang setiap minggu pada hari Rabu bagi membincangkan hal-hal berkaitan pentadbiran negeri. Selain itu, setiap ahli MMK yang dilantik turut mengemukakan permohonan-permohonan berkaitan yang memerlukan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.