Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Majlis Perbandaran Ampang Jaya
مجليس ڤربندرن امڤڠ جاي

MPAJ
Jenis
Jenis
Sejarah
Diasaskan1 Julai 1992
Kepimpinan
Yang Dipertua
Dr. Ani binti Ahmad (sejak 2023)
Setiausaha
Ir. Ts. Haji Zafrul Fazy bin Haji Mohd Fauzi (memangku)
Struktur
Ahli24 orang ahli majlis
Moto
Berbakti Bersih Berbudaya
Tempat persidangan
Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama

Pandan Indah

55100 Kuala Lumpur
Laman sesawang
https://www.mpaj.gov.my/ms
Perlembagaan
Akta Kerajaan Tempatan 1976
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) adalah sebuah majlis perbandaran di negeri Selangor, Malaysia. Ditubuhkan pada 1 Julai 1992 dan diisytiharkan sebagai Bandar Bunga Tanjung pada 16 Ogos 1993. Ia terletak di dalam dua pusat pentadbiran tanah dan daerah iaitu daerah Hulu Langat dan daerah Gombak. Ia meliputi keseluruhan Mukim Ampang, Selangor, keseluruhan Mukim Hulu Kelang, Selangor dan sebahagian Mukim Setapak. Ia juga terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur iaitu bersempadan dengan wilayah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Kajang. Keluasan kawasan pentadbiran MPAJ : 14 350 hektar atau 35 458.9 ekar. Pecahan guna tanah adalah hutan - 50.7%, perumahan - 36.4%, kemudahan awam - 5.2%, pertanian - 3.1%, perniagaan - 2.7% Perindustrian - 0.9%. Jumlah penduduk di seluruh kawasan MPAJ dianggarkan seramai 574,300 orang pada tahun 2007 (sumber dari Jabatan Perangkaan Malaysia) dan ia merangkumi 12.7% dari keseluruhan penduduk di Negeri Selangor.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne