Malay Film Productions

Malay Film Productions Ltd.
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriPerfileman
Ditubuhkan1943; 82 tahun yang lalu (1943)
Pengasas
DibubarkanNovember 1967; 57 tahun yang lalu (1967-11)
NasibDitutup
Ibu pejabatNo. 8, Jalan Ampas, Off Balestier Road, Singapura
Kawasan perkhidmatanSingapura
Tokoh penting
  • Runme Shaw
  • Run Run Shaw
Perkhidmatan
  • Penggambaran filem
  • Penulisan lakon layar
  • Penyuntingan filem
Syarikat indukShaw Organisation
Tapak webwww.shaw.sg
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Malay Film Productions Ltd. (MFP; juga dikenali sebagai Studio Jalan Ampas atau Shaw Studio) merupakan sebuah syarikat dan studio perfileman Melayu Singapura yang terletak di Jalan Ampas, Balestier. Ditubuhkan pada 1943 oleh adik-beradik Runme Shaw dan Run Run Shaw yang bertindak sebagai perancang utama bagi penubuhannya,[1] studio ini telah menerbitkan lebih 160 filem dan merupakan penyumbang utama kepada Zaman Kegemilangan Filem Melayu.[2][3]

Selepas penutupan sementara semasa Pendudukan Jepun, studio itu dibuka semula dan menerbitkan filem pertama pasca perang, Singapura di Waktu Malam pada 1947. Banyak filem terbitan syarikat ini mendapat pujian secara kritis, yang mana sebahagian besarnya melibatkan P. Ramlee sebagai pelakon, pengarah, penulis atau komposer.[4] Filem-filem terbitan MFP mendapat khidmat pengarah terkenal seperti B.S. Rajhans, Jamil Sulong, Ramon A. Estella, Omar Rojik, B.N. Rao dan K.M. Basker.

Studio ini dilengkapi dengan peralatan rakaman bunyi dan kamera gambar bergerak yang paling terkini dari Amerika dan menerbitkan filem berbahasa Melayu untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat. MFP juga mewujudkan monopoli ke atas pasaran filem Melayu dan filem tempatan menjelang 1948.[5] Di sebalik kejayaan ini, studio itu dibelenggu oleh pergolakan buruh dan persaingan sengit daripada Cathay-Keris Studio. Berikutan kekurangan permintaan terhadap filem-filem Melayu, MFP menamatkan operasinya pada 1967. Raja Bersiong merupakan filem terakhir yang dikeluarkan oleh studio itu dan ditayangkan pada 1968.

  1. ^ Yip Wai Yee (9 Januari 2014). "Shaw the Malay film industry pioneer" [Shaw, perintis industri perfileman Melayu] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. Dicapai pada 21 November 2019.
  2. ^ Nor-Afidah Rahman; Michelle Heng (1 April 2015). "The Golden Age of Malay Cinema: 1947-1972" [Zaman Kegemilangan Filem Melayu: 1947–1972]. BiblioAsia (dalam bahasa Inggeris). Lembaga Perpustakaan Negara. Dicapai pada 6 April 2022.
  3. ^ "Former Malay Film Productions Studio" [Bekas Studio Malay Film Productions]. Roots (dalam bahasa Inggeris). Lembaga Warisan Negara. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mei 2021. Dicapai pada 6 April 2022.
  4. ^ Driskell 2014, m/s. 111.
  5. ^ "Kenangan Studio Jalan Ampas". Utusan Malaysia. 30 November 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2017. Dicapai pada 21 November 2019.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne