Malaysia (Jawi: مليسيا ) ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada 11 buah negeri Melayu, dua negeri Borneo dan tiga wilayah persekutuan yang berkeluasan 330,803 kilometer persegi (127,720 bt2). Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Malaysia Borneo. Malaysia berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina.[13] Di Malaysia terletaknya Tanjung Piai, titik paling selatan di seluruh tanah besar Eurasia.
Malaysia berakar-umbikan Kerajaan-kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama di sini dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bergabung dengan Sabah, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Pada tahun 1965, Singapura terpaksa dikeluarkan dari persekutuan dan menjadi sebuah negara yang bebas.
Ketua negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong, iaitu raja elektif yang terpilih dan diundi daripada 9 kalangan raja negeri Melayu. Ketua eksekutif kerajaan pula ialah Perdana Menteri. Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Malaysia ialah sebuah negara perintis Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara dan Pertubuhan Persidangan Islam, dan ialah anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, Negara-Negara Komanwel, dan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.
Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised in peace and harmony in any part of the Federation.
|dead-url=
ignored (bantuan)
|date=
(bantuan)
|accessdate=
(bantuan)