Malaysia di Sukan Asia

Malaysia di
Sukan Asia
Kod IOCMAS
NOCMajlis Olimpik Malaysia
Pingat
Kedudukan ke-13
Emas
67
Perak
105
Gangsa
154
Jumlah
326
Penampilan Sukan Asia (keseluruhan)
Penampilan Musim Sejuk
Penampilan lain yang berkaitan
 Persekutuan Tanah Melayu (1954 • 1958 • 1962)
 Borneo Utara (1954 • 1958 • 1962)
 Sarawak (1962)

Malaysia telah bertanding buat kali pertama di Sukan Asia pada tahun 1966. Malaysia juga telah menyertai kesemua temasya Sukan Asia sejak penyertaan pertamanya. Sebelum tahun 1966, pasukan dari Malaysia telah bertanding dalam tiga pasukan berasingan, iaitu Persekutuan Tanah Melayu dan Borneo Utara pada edisi 1954, 1958 dan 1962 serta pasukan Sarawak pada edisi 1962.

Atlet dari Malaysia berjaya meraih pingat sejak penyertaan pertamanya pada tahun 1966, manakala pungutan pingat terbanyak berjaya dicapai pada tahun 2006 dengan 42 pingat.

Malaysia pertama kali bertanding dalam Sukan Asia Musim Sejuk pada tahun 2007. Namun Malaysia tidak pernah meraih sebarang pingat pada edisi musim sejuk.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne