Malcom Mussen Lamoh

Malcolm Mussen Lamoh
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Negeri Sarawak
Menyandang jawatan
4 Januari 2022
MenteriAwang Tengah Ali Hasan
GabenorAbdul Taib Mahmud
Wan Junaidi Tuanku Jaafar
PremierAbang Abdul Rahman Johari Abang Openg
Didahului olehSendiri
(Perdagangan Antarabangsa)
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Negeri (Pembangunan dan Industri)
Dalam jawatan
22 September 2021 – 18 Disember 2021
Berkhidmat with Mohd Naroden Majais
MenteriAwang Tengah Ali Hasan
GabenorAbdul Taib Mahmud
PremierAbang Abdul Rahman Johari Abang Openg
Didahului olehMohd Naroden Majais
(Pembangunan Usahawan)
Julaihi Narawi
(Pembangunan Perindustrian)
Digantikan olehSendiri
(Perdagangan Antarabangsa)
Ripin Lamat
(Pembangunan Usahawan)
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak
bagi Batang Ai
(sejak 2016)
(sebelum ini dikenali sebagai Batang Air
(2009-2016))
Menyandang jawatan
7 April 2009
Didahului olehDublin Unting Ingkot
(BN-PBB)
Majoriti1,854 (2009)
2,741 (2011)
3,186 (2016)
738 (2021)
Maklumat peribadi
LahirSarawak, Malaysia
KewarganegaraanMalaysia
Parti politikParti Rakyat Sarawak (PRS)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
(–2018, bersekutu : sejak 2020)
Gabungan Parti Sarawak (GPS)
(sejak 2018)
Perikatan Nasional (PN)
(bersekutu : sejak 2020)
PekerjaanAhli politik

Malcom Mussen Lamoh merupakan seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Negeri Sarawak di bawah Premier Sarawak, Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg dan Menteri, Awang Tengah Ali Hasan sejak Januari 2022 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak Batang Ai sejak Mei 2016 dan Batang Air dari April 2009 hingga Mei 2016. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan dan Industri) Negeri dalam pentadbiran negeri GPS di bawah Abang Johari dan Awang Tengah sejak September sehingga Disember 2021. Beliau merupakan ahli Parti Rakyat Sarawak (PRS), parti komponen gabungan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memerintah. Beliau dipilih pada pilihan raya kecil Batang Air 2009 selepas penyandangnya meninggal dunia akibat serangan jantung dan dipilih semula pada 2011, 2016 dan 2021.[1]

Mussen memiliki ijazah sarjana muda dari Universiti Putra Malaysia dan ijazah sarjana dari Universiti Warwick.[2] Beliau adalah bekas Jurutera Kanan di Jabatan Kerja Raya Sarawak. Beliau boleh bercakap dengan fasih dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Jepun dan Mandarin.

  1. ^ "Mussen to defend Batang Ai – Masing". The Borneo Post. 9 November 2015. Dicapai pada 3 Februari 2016.
  2. ^ "Malcom Mussen Lamoh Is BN Candidate For Batang Ai?". Malaysia Today. 15 Mac 2009. Dicapai pada 3 Februari 2016.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne