Maltosa atau gula cambahan (Bahasa Cina: 麥芽糖; pinyin: màiyátáng[1]) ialah sejenis disakarida iaitu monodisakarida yang terdiri daripada dua unit glukosa yang dihubungkan dengan ikatan glikosida α-1:4.
Maltosa terdapat dalam cambahan biji-bijian gandum, barli dan yang sama jenis dengannya. Ia bahan pemanis utama dalam masakan Cina[1] terutamanya membuat gula-gula khas dalam kalangan masyarakat Hokkien yakni beh leh koh/gor (Bahasa Cina: 麥芽膏 Pe̍h-ōe-jī: be̍h-lê-ko).[2]