Mamat Khalid

Mamat Khalid
Mamat di Maskara Shorties 2008.
Kelahiran
Mohamad bin Mohd Khalid

(1963-04-06)6 April 1963
Meninggal dunia24 Oktober 2021(2021-10-24) (umur 58)
Sebab kematianSerangan jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Paloh, Ipoh, Perak
PekerjaanPengarah filem, penulis, lakon layar, penyunting filem, pelakon
Tahun aktif1996–2021
Karya terkenal
Lang Buana
Rock
Man Laksa
Zombi Kampung Pisang
Kala Malam Bulan Mengambang
Hantu Kak Limah Balik Rumah
Rock Oo!
PasanganHasmah Hassan (k. 1987–2021)
Anak-anak5 (termasuk Amen dan Adam Khalid)
Ibu bapaMohd Khalid Mohd Noh (bapa)
Norazian Said (ibu)
SaudaraDatuk Lat (abang)

Mohamad Mohd Khalid atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid (6 April 1963 – 24 Oktober 2021)[1] ialah seorang pengarah filem, penulis dan lakon layar Malaysia yang terkenal dengan filem-filem bercorak komedi. Beliau ialah adik kepada kartunis Datuk Lat.[2]

Dilahirkan di Ipoh, Perak kepada seorang kerani kerajaan dan isterinya seorang suri rumah, Mamat memulakan kerjaya awalnya di pejabat kerajaan sebelum menceburi bidang perfileman. Beliau pertama kali menduduki kerusi pengarah pada 2003 menerusi filem komedi sejarah Lang Buana. Seterusnya beliau mengarahkan filem kedua, filem pertamanya yang bergenre muzikal Rock (2005) dan dua filem kesinambungannya Rock Oo! (2013) dan Rock Bro! (2016). Antara karyanya yang terkenal termasuk Man Laksa (2006), Kala Malam Bulan Mengambang (2008) yang menggunakan konsep filem noir dan Apokalips X (2014) yang berkonsepkan manga dan buku komik grafik. Paling baru-baru ini, filem terbaru arahannya, Hantu Kak Limah ditayangkan di pawagam pada 9 Ogos 2018. Melangkaui kerjaya filemnya, Mamat merupakan pengasas dan pemilik kafe Sarang Art Hub yang beroperasi di Tanjung Malim, Perak dan dibuka pada 2016.[3][4]

  1. ^ "Mamat Khalid di Sinema Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-15. Dicapai pada 2008-10-21.
  2. ^ Kamin, A. (2005-07-22). "A local movie about rock culture". star-ecentral.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2007-04-24.
  3. ^ Rosman Shamsudin (19 Mei 2015). "Mamat 'buat' sarang". Harian Metro. Dicapai pada 26 Jun 2018.
  4. ^ Ahmad A. Talib (28 Ogos 2016). "A hippie with a cause". New Straits Times. Dicapai pada 26 Jun 2018.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne