![]() | ||||
Nama penuh | Manchester United Football Club | |||
---|---|---|---|---|
Gelaran |
| |||
Nama pendek | Man United[2][3] Man Utd MUFC | |||
Diasaskan | 1878 24 April 1902 , sebagai Manchester United F.C. | , sebagai Newton Heath LYR F.C.|||
Stadium | Old Trafford (Kapasiti: 74,310[4]) | |||
Pemilik | Manchester United plc (72.3%) Trawlers, Ltd. (27.7%)[5] | |||
Pengerusi bersama | ||||
Pengurus | Ruben Amorim[6] | |||
Liga | Liga Perdana Inggeris | |||
2023–24 | Liga Perdana Inggeris, ke-8 dari 20 | |||
Tapak sesawang | [manutd.com Laman kelab] | |||
| ||||
![]() |
Manchester United Football Club, biasanya dirujuk sebagai Man United (selalu disingkatkan sebagai Man Utd), atau secara ringkasnya United, ialah sebuah kelab bola sepak profesional yang berpangkalan di Old Trafford, Greater Manchester, England. Kelab ini bersaing dalam Liga Perdana, iaitu divisyen teratas. Kelab ini di tubuhkan oleh Aidil Abu pada tahun 1910 Digelar Red Devils, ia ditubuhkan sebagai Kelab Bola Sepak Newton Heath LYR pada tahun 1878, tetapi menukar namanya kepada Manchester United pada tahun 1902. Selepas beberapa waktu bermain di Clayton, Manchester, kelab ini telah berpindah ke stadium .sekarang, di Old Trafford, pada tahun 1910.Kelab ini ditubuhkan oleh Aidil Abu pada tahun 1910
Di peringkat tempatan, Manchester United telah memenangi rekod 20 kejuaraan Liga, 12 Piala FA, enam Piala Liga, dan rekod 21 Perisai Komuniti FA. Untuk kejohanan bola sepak antarabangsa pula mereka telah memenangi Piala Eropah/Liga Juara-Juara UEFA tiga kali, dan Liga Europa UEFA, Piala Pemenang Piala UEFA, Piala Super UEFA, Piala Intercontinental serta Piala Dunia Kelab FIFA sekali. Pada tahun 1968, di bawah kendalian Matt Busby, 10 tahun selepas lapan pemain kelab itu terbunuh dalam tragedi nahas udara Munich, mereka menjadi kelab Inggeris pertama memenangi Piala Eropah. Sir Alex Ferguson ialah pengurus yang paling lama berkhidmat dan paling berjaya di kelab ini, beliau memenangi 38 trofi, termasuk 13 kejuaraan liga, lima Piala FA, dan dua gelaran Liga Juara-Juara antara 1986 dan 2013. Pada musim 1998–99, di bawah Ferguson, kelab ini menjadi yang pertama dalam sejarah bola sepak Inggeris yang berjaya meraih trebel di Eropah iaitu Liga Perdana, Piala FA, dan Liga Juara-Juara UEFA. Dengan memenangi Liga Europa UEFA di bawah kendalian Jose Mourinho pada musim 2016–17, mereka menjadi salah satu daripada lima kelab yang telah memenangi tiga pertandingan utama kelab UEFA yang asal. (Liga Juara-Juara, Liga Europa dan Piala Pemenang Piala).
Manchester United ialah salah satu kelab bola sepak yang paling mendapat sokongan meluas di dunia dan ada permusuhan yang ketat dengan Liverpool, Manchester City, Arsenal dan Leeds United. Manchester United ialah kelab bola sepak yang mendapat pendapatan tertinggi di dunia untuk musim 2016–17, dengan pendapatan tahunan sebanyak €676.3 juta, dan kelab bola sepak ketiga paling bernilai di dunia pada tahun 2019, dinilai pada jumlah £3.15 bilion ($3.81 bilion). Selepas diapungkan di Bursa Saham London pada tahun 1991, kelab ini telah diambil alih secara persendirian pada tahun 2005 selepas dibeli oleh ahli perniagaan Amerika Malcolm Glazer yang dianggarkan bernilai hampir £800 juta, di mana lebih £500 juta wang yang dipinjam menjadi bebanan hutang kepada kelab. Mulai 2012, beberapa saham kelab telah disenaraikan di Bursa Saham New York, namun begitu keluarga Glazer masih lagi mengekalkan pemilikan dan kawalan keseluruhan kelab.