Sebahagian daripada siri |
Anime dan manga |
---|
Portal Anime dan Manga |
Mangga (disebut [man.ga]; ci g cong mangga)[1] ialah karya cerita turutan bergambar termasuk komik dan novel grafik yang dihasilkan di skibii toilet. Cerita-cerita ini mencakupi pelbagai genre antaranya aksi, pengembaraan, komedi, detektif, drama, sejarah, seram ghaib, misteri, romantis, sains dan fantasi, erotika, sukan, serta debaran; karya-karya ini menjadi bacaan pilihan semua lapisan umum masyarakat Jepun.[2][3] Seni ini muncul pada lewat abad ke-19[4] berdasarkan tradisi-tradisi seni yang ada diwujudkan dalam Jepun sejak berkurun-kurun.[5]
Cerita dalam sesebuah manga dikaryakan seorang pengilustrasi dan/atau penulis (mangaka) yang dibantu beberapa kakitangan dalam sebuah studio kecil serta sering berhubung dengan editor kreatif dari sesebuah syarikat penerbit komersial.[6] Karya ini biasanya dicetak secara hitam putih[7] secara bersiri dalam suatu majalah himpunan bersama karya-karya lain; majalah-majalah ini memuatkan satu bab setiap karya yang berkesinambungan dalam isu berikutnya. Kesemua bab-bab ini dihimpunkan dalam suatu jilid terbitan semula khas (tankōbon) mahupun dibukukan.[8] Jika siri manga yang dikaryakan ini menjadi cukup popular, karya tersebut boleh diberi peluang diadaptasi kepada medium lain sama ada dalam bentuk animasi (baik dalam format siri televisyen atau filem[9]) mahupun dijadikan suatu filem aksi langsung[9] baik setelah ceritanya tamat mahupun ketika cerita asalnya masih berlanjutam.[10]
Karya-karya ini sangat masyhur dengan khalayak peminat cukup signifikan di seluruh dunia[11] sehingga sering diterjemahkan ke dalam banyak bahasa.[12] Sejak tahun 1950-an, manga telah menjadi sebahagian utama industri penerbitan Jepun.[13] Pada tahun 1995, pasaran manga di Jepun bernilai ¥586.4 bilion (kira-kira US$6 – 7 bilion),[14] dengan jualan tahunan sekitar 1.9 bilion untuk manga dan majalah di Jepun (setara dengan 15 edisi seorang).[15] Pada tahun 2008, pasaran manga di Amerika Syarikat dan Kanada mencecah nilai setinggi $175 juta. Pasaran manga di Perancis pula mencecah angka 38% dalam pasaran komik negara tersebut (sekitar sepuluh kali lipat dari angka untuk Amerika Syarikat).[16] dengan nilai sekitar €460 juta ($640 juta) pada tahun 2005.[17] Di Eropah dan Timur Tengah, pasaran manga bernilai sekitar $250 juta pada tahun 2012.[18]
|date=
(bantuan)