Marie Antoinette

Marie Antoinette
Potret lukisan Élisabeth Vigée Le Brun, 1778
Permaisuri Perancis dan Navarre
kemudiannya Permaisuri orang Perancis
Tempoh10 Mei 1774 – 10 Ogos 1792
Keputeraan(1755-11-02)2 November 1755
Istana Hofburg, Vienna, Austria, Empayar Rom Suci
Kemangkatan16 Oktober 1793(1793-10-16) (umur 37)
Place de la Révolution, Paris, Perancis
Pemakaman21 Januari 1815
Basilika Santo Denis
PasanganLouis XVI dari Perancis (k. 1770; m. 1793)
Anakanda
Nama penuh
Jerman: Maria Antonia Josepha Johanna
Perancis: Marie Antoinette Josèphe Jeanne
KerabatHabsburg-Lorraine
AyahandaFrancis I, Maharaja Rom Suci
BondaMaria Theresa dari Austria
AgamaGereja Katolik Rom
TandatanganTandatangan Marie Antoinette

Jata Marie Antoinette dari Austria

Marie Antoinette (Perancis: [maʁi ɑ̃twanɛt]; dilahirkan Maria Antonia Josepha Johanna; 2 November 1755 – 16 Oktober 1793) Permaisuri Perancis terakhir sebelum tercetusnya revolusi di negara tersebut. Baginda dilahirkan sebagai seorang kaya bergelar Erzherzogin dari Austria serta anakanda kedua terakhir dan puteri bongsu Maharani Maria Theresa dan Maharaja Francis I dari Empayar Rom Suci.

Apabila baginda berkahwin dengan Louis-Auguste yang mewarisi takhta Perancis, beliau mendapat gelaran Dauphine sehingga kenaikan takhta Louis (sebagai Louis XVI) pada 10 Mei 1774, di mana baginda mendapat gelaran "Permaisuri Perancis dan Navarre" (Reine de France et reine consort de Navarre). Gelaran tersebut dihadkan kepada "Permaisuri Perancis" sahaja selepas berlangsungnya Revolusi Perancis pada September 1791 sehingga penghapusan monarki Perancis pada 21 September setahun selepasnya. 

Baginda didakwa dalam suatu perbicaraan oleh Tribunal révolutionnaire selama dua hari dan disabitkan kesalahan derhaka besar, lalu baginda dihukum pancung gilotin pada 16 Oktober 1793.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne