Marie Tussaud

Marie Tussaud
Madame Tussaud "Pada usia 42, apabila dia meninggalkan Perancis untuk Great Britain". kajian Portrait (1921) oleh John Theodore Tussaud.
Kelahiran
Anna Maria Grosholtz

1 Disember 1761
Meninggal dunia16 April 1850 (umur 88)
London, England
WarganegaraPerancis
Terkenal keranaPemodelan lilin
Karya terkenal
Madame Tussauds

Anna Maria "Marie" Tussaud (lahir di kota Grosholtz, 1 Disember 1761 - meninggal dunia 16 April 1850) adalah seorang seniman warganegara Perancis keturunan Jerman, yang menjadi terkenal kerana karya patung lilinnya dan muzium lilin Madame Tussauds yang didirikan di London.[1] Marie Tussaud lahir pada tarikh 1 Disember 1761 di Strasbourg, Perancis.[1] Ayahnya, Joseph Grosholtz, meninggal dua bulan sebelum Marie lahir dalam sebuah perang bernama Perang Tujuh Tahun. Ibunya, Anne-Marie Walder, membawanya ke Berne di mana ia bekerja sebagai pembantu rumah tangga untuk Dr Philippe Curtius (1741-1794), seorang doktor dan pematung lilin yang Marie panggil bapa saudara.[2] Curtius awalnya menggunakan bakatnya untuk membuat model anatomi daripada lilin, lalu gambar potret.

Curtius berpindah ke Paris pada tahun 1765 untuk membentuk kabinet de potret en cire (pameran lilin potret).[2] Pada tahun itu, ia membuatkan patung lilin isteri raja Louis XV, Madame du Barry, sebuah karya tertua yang hingga saat ini masih dipamerkan.[2] Setahun kemudian, Tussaud dan ibunya bergabung dengan Curtius tinggal di Paris.[2] Pameran pertama karya patung lilin Curtius ditunjukkan pada tahun 1770.[2] Kemudian pada tahun 1776, pameran itu dipindahkan ke Istana Diraja dan, pada 1782, Curtius membuka pameran kedua, Caverne des Grands Voleurs.[2]

  1. ^ a b "http://www.britannica.com/EBchecked/topic/610619/Marie-Tussaud". Encyclopaedia Britannica. 2013.
  2. ^ a b c d e f Concannon, Undine. "Tussaud, Anna Maria (bap. 1761, d. 1850)". Oxford Dictionary of National Biography (2004 ed.). Oxford University Press. doi:10.1093/ref:odnb/27897.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne