Mario (francais)

Mario
The emblem on Mario's hat is iconic in the Mario franchise
PenciptaShigeru Miyamoto
Hasil kerja asalMario Bros. (1983)
Dimiliki olehNintendo
Filem dan televisyen
Siri animasiThe Super Mario Bros. Super Show, The Adventures of Super Mario Bros. 3, Super Mario World
Permainan
TradisionalElectromechanical games list
Menggunakan watakSuper Mario RPG
Mario + Rabbids Kingdom Battle
Permainan video
Audio
Muzik asalMusic list
Lain-lain
Tarikan di taman temaSuper Nintendo World
Laman web rasmi
mario.nintendo.com

Mario[a] adalah sebuah francais media, diterbit dan dihasilkan oleh syarikat permainan video Nintendo, dicipta oleh pereka permainan Shigeru Miyamoto dan menampilkan watak fiksyen Mario. Francais ini terutamanya sebuah francais permainan video, tetapi telah berkembang kepada bentuk media yang lain, termasuk beberapa siri televisyen dan sebuah filem cereka 1993. Ansuran pertama siri ini merupakan permainan 1983, Mario Bros., tetapi Mario membuat penampilan pertamanya dalam permainan 1981, Donkey Kong dan telah ditampilkan dalam pelbagai permainan video siri Donkey Kong dan Game & Watch. Permainan-permainan Mario telah dicipta oleh pelbagai pembangun termasuk Nintendo, Hudson Soft dan AlphaDream. Kebanyakan permainan Mario telah dilancarkan khusus untuk pelbagai konsol dan pemegang permainan video Nintendo, dari generasi ketiga dan seterusnya.

Subsiri utama Mario adalah siri permainan video platform Super Mario dimulakan pada tahun 1985 dengan Super Mario Bros., yang kebanyakannya mengikuti pengembaraan Mario di dunia fiksyen Mushroom Kingdom dan biasanya bergantung pada keupayaan melompat Mario untuk membolehkannya maju melalui level. Francais ini telah menghasilkan lebih daripada 200 permainan dari pelbagai genre dan beberapa sub-siri, termasuk Mario Golf, Mario Kart, Mario Party, Mario Tennis, Mario vs. Donkey Kong, dan Paper Mario; beberapa watak yang diperkenalkan dalam francais Mario, seperti Luigi, Wario, dan Yoshi, mencetuskan francais mereka sendiri yang berjaya.

Siri Mario adalah salah satu francais permainan yang paling berjaya dan terkenal, dengan kebanyakan permainannya, khususnya dalam subsiri Super Mario, dianggap sebagai permainan video terbaik yang pernah dibuat. Francais ini adalah francais permainan video terlaris sepanjang masa, dengan lebih daripada 653 juta salinan permainan terjual, termasuk 348 juta untuk permainan Super Mario sahaja. Ia juga merupakan francais media ke-9 terlaris sepanjang masa, dengan anggaran pendapatan melebihi US$36 billion. Pada tahun 2011, permainan video utama Super Mario telah menjana anggaran US$12 billiondalam jualan.[1]


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan

  1. ^ Ryan, Jeff (2011). Super Mario: How Nintendo Conquered America (dalam bahasa Inggeris). Penguin Books. m/s. 8. ISBN 9781101517635.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne