Markas Pemerintahan Tentera British di Tanah Melayu | |
---|---|
Aktif | 1924 hingga 1942; 1945 hingga 1957 |
Negara | United Kingdom |
Cawangan | Tentera Darat Britain |
Jenis | Formasi ketenteraan |
Pangkalan | Singapura |
Komander | |
Komander terkenal | Lt Jen AE Percival (16 Mei 1941 – 15 Februari 1942) |
Markas Pemerintahan Tentera British di Tanah Melayu atau Malaya Command adalah satu formasi tentera yang ditubuhkan oleh Tentera British pada awal tahun 1920-an untuk menyelaras dan menjamin keselamatan Malaya iaitu Semenanjung Tanah Melayu dan juga pangkalan utama British di Singapura.
Malaya Command mendapatkan perhatian ramai apabila dipertanggungjawabkan dengan pertahanan dan keselamatan Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura menentangkan serangan dan penaklukan tentera Jepun apabila meletusnya perang di Asia semasa Perang Dunia II.
Kekalahan tentera British di bawah pimpinan Leftenan Jeneral A. E. Percival dikatakan satu kekalahan yang membawa malu besar kepada Empayar British dan memusnahkan sama sekali tanggapan orang-orang Asia mengenai “keagungan (invincibility) orang-orang putih”. Orang-orang Asia, khasnya orang-orang Melayu tidak lagi menganggapkan Empayar British sebegitu kukuh seperti yang disangkakan sebelumnya.