Martin Bormann | |
---|---|
![]() Potret 1934 | |
Dalam jawatan 12 Mei 1941 – 2 Mei 1945 | |
Didahului oleh | Rudolf Hess (selaku Timbalan Führer) |
Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
Dalam jawatan 12 April 1943 – 30 April 1945 | |
Führer | Adolf Hitler |
Dalam jawatan Julai 1933 – 12 Mei 1941 | |
Timbalan Führer | Rudolf Hess |
Dalam jawatan Oktober 1933 – 2 Mei 1945 | |
Führer | Adolf Hitler |
Dalam jawatan 30 April 1945 – 2 Mei 1945 | |
Didahului oleh | Adolf Hitler (selaku Führer) |
Digantikan oleh | Jawatan dimansuhkan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Wegeleben, Prusia, Empayar Jerman | 17 Jun 1900
Meninggal dunia | 2 Mei 1945 Berlin, Jerman Nazi | (umur 44)
Kewarganegaraan | Jerman |
Parti politik | Parti Nazi |
Pasangan | Gerda Buch (k. 1929) |
Anak |
|
Kabinet | Kabinet Hitler |
Nama panggilan | "Brown Eminence" (Tokoh seragam perang) |
Martin Bormann (17 Jun 1900 – 2 Mei 1945) ialah seorang pegawai Nazi yang menonjol. Beliau menjadi Ketua Canseleri Parti (Parteikanzlei) dan setiausaha sulit kepada Adolf Hitler. Beliau hampir setiap masa berada di sisi Führernya. Hitler kebiasaannya tidak mengeluarkan arahan bertulis, tetapi menyampaikannya secara lisan dalam mesyuarat atau dalam perbualan telefon; beliau juga membenarkan Bormann memberi arahan. Beliau mendapat kepercayaan Hitler dan memperolehi kuasa yang besar dalam Reich Ketiga dengan menggunakan kedudukannya untuk mengawal aliran maklumat dan hubungan kepada Hitler. Bormann mempunyai ramai musuh termasuk Joseph Goebbels, Hermann Goering, Heinrich Himmler, Alfred Rosenberg, Robert Ley dan Albert Speer.