Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (November 2018) |
Sebahagian kandungan di laman rencana ini menggunakan istilah atau struktur ayat yang terlalu menyebelahi gaya bahasa negara tertentu hasil penggunaan semula kandungan sumber tanpa pengubahsuaian. Anda diminta mengolah semula gaya bahasa rencana ini supaya penggunaan istilah di rencana ini seimbang, selaras serta mudah difahami secara umum dalam kalangan pengguna bahasa Melayu yang lain menggunakan laman Istilah MABBIM kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Kata nama khas dan petikan media tertentu (seperti daripada akhbar-akhbar atau dokumen rasmi) perlu dikekalkan untuk tujuan rujukan. Sumber perkamusan dari Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia juga disediakan. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Martin Luther (10 November 1483 - 18 Februari 1546) merupakan paderi Jerman dan ahli teologi Kristian dan kemudiannya pengasas kepada Gereja Lutheran, gereja pertama Protestan, pecahan daripada Roman Katolik. Beliau juga merupakan tokoh terkemuka bagi Deformasi.
Selepas Luther tamat belajar ilmu falsafah di Universiti Erfurt, pada tahun 1505 beliau memasuki Order of Augustins sebagai paderi. Luther mengaji teologi dan bahasa silam di Erfurt. Pada tahun 1512, beliau mendapat kedoktoran teologi di Wittenberg dan memulakan syarahannya berkenaan Mazmur (Psalms) dan Surat Paul.
Pada Oktober 1517 Luther menulis 95 Dalilnya yang bertajuk Disputatio pro declaratione virtutis indulgentiarum ("Pertikaian dan Pengusulan mengenai Kuasa dan Kemustajaban Pengampunan"), walaupun dia tidak meletakkannya Gereja Wittenberg sebagaimana dikatakan legenda, tetapi menerbitkan salinannya[Penjelasan diperlukan]. Tulisan tersebut mencabar ajaran Gereja Barat mengenai asas menghapuskan dosa (nature of penance), kuasa Paus dan pengampunan (indulgences) dalam tulisannya.
Kajian mengenai Surat Paul, terutamanya Surat kepada Rom, memberikan idea sola fide kepada Luther. Hanya keyakinan boleh menyelamatkan manusia yang diberikan Tuhan dan kebanyakan adat gereja dengan itu tidak berguna dan patut dibuang kerana beliau menyebabkan banyak perkara buruk.
Pada mulanya Luther percaya bahawa beliau boleh membentuk semula Gereja Rom dari dalam dengan Tesisnya, tetapi Paus menganggap pendapatnya sebagai sesat dan mengeluarkannya daripada jemaah Katolik dengan akta Exsurge Domine pada 15 Jun 1520. Pada Oktober Luther membakar bull di khalayak ramai dan menunjukkan kesungguhannya bahawa dia tidak akan taat kepada Gereja kecuali mereka menurut kata-katanya.
Maharaja Charles V merasmikan persidangan imperial Diet of Worms pada 22 Januari 1521. Persidangan ini merupakan peluang terakhir Luther untuk mengakui bahawa apa yang diajarnya adalah salah. Bagaimanapun, Luther tetap mempertahankan ajarannya. Selepas persidangan Diet, Luther diistiharkan sebagai orang buangan oleh Diet.
Dengan bantuan rakannya, Luther menyorok di Istana Kota Wartburg, berhampiran Erfurt. Dalam istana kota tersebut, dia menterjemah Kitab Injil Perjanjian Baru daripada bahasa Yunani kepada Jerman. Kemudian, dia juga menterjemah Perjanjian Lama kepada bahasa Jerman.
Luther mengasaskan ajarannya sendiri dengan rakannya Philip Melanchton dan meninggal pada tahun 1546.