![]() |
Martin Scorsese | |
---|---|
![]() Scorsese di Festival Filem Cannes 2010 | |
Kelahiran | Martin Charles Scorsese 17 November 1942 |
Nama lain | Marty |
Pusat pendidikan | Universiti New York |
Pekerjaan | Pengarah filem, penerbit, pelakon, penulis skrip, sejarawan filem |
Tahun aktif | 1963 – sekarang |
Pasangan |
|
Anak-anak | 3 |
Ibu bapa |
|
Martin Charles Scorsese[1] (lahir 17 November 1942)[2][3][4][5] ialah seorang pengarah filem, penerbit, pelakon, penulis skrip dan sejarawan filem Amerika Syarikat. Beliau telah memenangi pelbagai jenis anugerah hasil pengkaryaannya termasuk Anugerah Akademi, Palme d'Or, Anugerah Pengarah Terbaik Festival Filem Cannes, Singa Perak Venezia, Anugerah Grammy, Anugerah Emmy, Anugerah Golden Globe, Anugerah BAFTA dan Anugerah DGA.
Beliau memenangi Anugerah Akademi untuk Pengarah Terbaik menerusi filem The Departed (2006). Dengan lapan pencalonan Pengarah Terbaik, beliau merupakan pengarah dengan pencalonan terbanyak yang masih hidup dan terikat bersama Billy Wilder untuk pencalonan kedua terbanyak keseluruhan.