Masakan Betawi (Jawi: ماسقن بتاوي ) adalah bersifat kaya, berbagai-bagai dan bersifat eklektik,[1] sebahagian kerana orang Betawi yang mencipta masakan ini terdiri daripada sebilangan pendatang serantau yang datang dari berbagai-bagai tempat di kepulauan, serta pedagang, pelawat dan pendatang Cina, India, Arab, dan Eropah yang tertarik dengan kota pelabuhan Betawi (kini Jakarta moden) sejak berabad-abad yang lalu.[2]