Masjid Hassan II | |
---|---|
Info asas | |
Lokasi | Maghribi |
Koordinat geografi | 33°36′31″N 7°37′58″W / 33.6085°N 7.6327°WKoordinat: 33°36′31″N 7°37′58″W / 33.6085°N 7.6327°W |
Agama | Islam |
Perbandaran | Casablanca |
Rantau | Greater Casablanca |
Negara | Maghribi |
Tahun ditahbiskan | 1993 |
Status kegerejaan atau organisasi | Sedang digunakan |
Status | Aktif |
Pemimpin | Raja Hassan II |
Penerangan seni bina | |
Arkitek | Michel Pinseau |
Jenis seni bina | Masjid |
Gaya seni bina | Andalusia, Moor |
Kontraktor utama | Bouygues |
Pecah tanah pada | 12 Julai 1986 |
Disiapkan pada | 30 Ogos 1993 |
Kos pembinaan | $400–$700 juta |
Spesifikasi | |
Kapasiti | 105,000 (25,000 di dalam rumah, tambahan 80,000 di perkarangan Masjid) |
Bil. kubah | Satu |
Bil. menara masjid | Satu |
Tinggi menara masjid | 210 meter (690 ka) |
Bahan binaan | Cedar dari Atlas Tengah Marmar dari Agadir Granit dari Tafraoute[1] |
Masjid Hassan II (Arab: مسجد الحسن الثاني ; Perancis: Grande Mosquée Hassan II ) merupakan sebuah masjid di Casablanca, Maghribi. Ia adalah masjid berfungsi kedua terbesar di Afrika dan merupakan yang ke-14 terbesar di dunia.[perlu rujukan] Menaranya ialah menara kedua tertinggi di dunia pada 210 meter (689 ka).[2][3] Disiapkan pada tahun 1993, ia telah direka oleh Michel Pinseau di bawah bimbingan Raja Hassan II dan dibina oleh tukang-tukang Maghribi dari seluruh kerajaan. Menara setinggi 60 tingkat di atasnya dengan laser, cahaya darinya diarahkan ke Makkah.[4] Masjid ini berdiri di atas tanjung yang menghadap ke Lautan Atlantik; jemaah boleh bersolat di atas laut tetapi tidak ada lantai kaca yang melihat ke dalam laut. Dindingnya daripada marmar buatan tangan dan bumbung boleh ditarik balik. Maksimum 105,000 jemaah boleh berkumpul untuk solat: 25,000 di dalam dewan masjid dan 80,000 lagi di luar masjid.[3]