Masjid Jamek Kuala Lumpur مسجد جامع كوالا لومڤور | |
---|---|
Maklumat am | |
Dibuka pada | 1909 |
Maklumat pentadbiran | |
Dimiliki oleh | Majlis Islam Kuala Lumpur |
Maklumat geografi | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Koordinat | 3°08′56″N 101°41′44″E / 3.148856°N 101.695627°EKoordinat: 3°08′56″N 101°41′44″E / 3.148856°N 101.695627°E |
Maklumat pembinaan | |
Bil. tingkat | 1 |
Bahan binaan | Simen, konkrit |
sunting |
Masjid Jamek Kuala Lumpur (Jawi: مسجد جامع كوالا لومڤور ) atau nama rasmi Masjid Jamek Sultan Abdul Samad (Jawi: مسجد جامع سلطان عبد الصمد ) ialah sebuah masjid jamik di Kuala Lumpur. Ia pada asalnya telah dibina oleh pedagang Islam yang berasal dari India di persimpangan Sungai Klang dan Sungai Gombak, Kuala Lumpur pada zaman penjajahan British. Kedudukannya berhampiran tapak perkuburan awal di situ dan kini terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, stesen Putra LRT dan Star LRT. Ia menjadi sebahagian daripada mercu tanda Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam.[1]