Masjid Kobe | |
---|---|
神戸モスク | |
Info asas | |
Lokasi | 2-25-14 Nakayamate Dori, Chuo-ku, Kobe 650-0004 |
Agama | Islam |
Perumahan | Hyogo |
Negara | Jepun |
Laman web | http://www.kobe-muslim-mosque.com/ |
Disiapkan pada | 1935 |
Masjid Kobe (神戸モスク, Kobe Mosuku) ataupun Masjid Islam Kobe (神戸ムスリムモスク, Kobe Musurimu Mosuku) ialah sebuah masjid yang dibina di bandar Kobe di wilayah Hyogo, Jepun, dan disahkan sebagai masjid pertama di Jepun.[1] Masjid ini juga terselamat daripada bom semasa Perang Dunia Kedua serta mampu bertahan dalam gempa bumi Hanshin 1995. Pereka bentuk masjid ini ialah pakar seni bina Czech, Jan Josef Švagr (1885–1969) yang terkemuka dalam mereka bentuk rumah-rumah ibadat Barat di negara ini.