Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

مسجد توانكو ميزان زين العابدين
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Maklumat am
Dibuka padaOgos 2009
Status(Melayu)
Tempoh pembinaan±5 tahun 4 bulan
Maklumat pentadbiran
ImamYBRS. Dr. Amru Alhaz bin Adnan (Imam Besar)
Maklumat geografi
LokasiPresint 3, Putrajaya,
Malaysia Malaysia
Koordinat2°55′11″N 101°40′51″E / 2.919616°N 101.680789°E / 2.919616; 101.680789Koordinat: 2°55′11″N 101°40′51″E / 2.919616°N 101.680789°E / 2.919616; 101.680789
Maklumat pembinaan
Bil. tingkat5
Bil. menara0
Kapasiti jemaah20,000
Keluasan73,795 meter persegi
ArkitekKumpulan Senireka Sdn. Bhd.
KontraktorAhmad Zaki Resources Bhd.
PemajuPerbadanan Putrajaya
Bahan binaanKeluli, konkrit bertetulang kaca
KosRM 200 juta (~ AS$ 55 juta)

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, sebelum ini digelar Masjid Besi[1], ialah sebuah masjid yang terletak di Presint 3, Putrajaya, Malaysia. Masjid ini yang mula dibina sejak April 2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009 dan dibuka pada hari Jumaat, malam Awal Ramadan 1430H[2]. Masjid ini dibina bagi menampung sekitar 24,000 penduduk dan penjawat kerajaan sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, 3, 4 dan 18. Masjid ini yang mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra, yang terletak kira-kira 2.2 km ke utara, menjadi mercu tanda baru Putrajaya.

  1. ^ Hayati Ibrahim (21 Ogos 2009). "Medan dakwah". myMetro. Dicapai pada 21 Ogos 2009.
  2. ^ "Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Diserah Bagi Pengurusan Jakim". BERNAMA. 21 Ogos 2009. Dicapai pada 21 Ogos 2009.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne