Maszlee Malik مزلي بن مالک 马智礼 | |
---|---|
Pengerusi, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS Malaysia) Professor, University of Cyberjaya (UoC) | |
Menyandang jawatan 7 April 2023 | |
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR (dipilih) | |
Dalam jawatan 2022–2022 | |
Ketua PKR cabang Simpang Renggam | |
Menyandang jawatan 2022 | |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Simpang Renggam, Johor | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Liang Teck Meng |
Digantikan oleh | Hasni Mohamad |
Majoriti | 3,475 (PRU-14) |
Menteri Pendidikan | |
Dalam jawatan 21 Mei 2018 – 3 Januari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Timbalan | Teo Nie Ching |
Didahului oleh | Mahdzir Khalid |
Digantikan oleh | Mohd Radzi Md Jidin (Pendidikan) Noraini Ahmad (Pengajian Tinggi) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Johor Bahru, Johor, Malaysia | 19 Disember 1974
Parti politik | PPBM (12.03.2018 - 28.05.2020) Bebas (28.05.2020 - 27.07.2021) PKR (28.11.2021 - kini) |
Gabungan politik lain | PH (12.03.2016 - kini) |
Pasangan | Dr. Hamidah Mat |
Anak | 4 |
Pendidikan | Al-Bayt University (Ijazah Sarjana Muda Syariah) Universiti Malaya (Ijazah Sarjana Syariah) University Durham (PhD Sains Politik) |
Tempat belajar | Universiti Durham |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Ahli akademik |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2018 |
Laman web | maszlee |
Prof. Dr. Maszlee Malik (Jawi: مزلي بن مالك ; Cina: 马智礼; pinyin: Mǎzhìlǐ[1] lahir 19 Disember 1974) ialah ahli politik dan ahli akademik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Simpang Renggam selama sepenggal (2018-2022) dan mantan Menteri Pendidikan Malaysia (2018-2020). Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia sejak Mac 2023.[2] Beliau juga seorang profesor di Fakulti Psikologi dan Sains Sosial di Universiti Cyberjaya sejak Mac 2023.[1]. Di peringkat parti beliau ialah Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan Ketua PKR Simpang Renggam.