Data pemerhatian | |
---|---|
Jarak purata dari Bumi |
×108 km 1.496 8 min 19 s pada kelajuan cahaya |
Kecerahan visual (V) | −26.74[1] |
Magnitud mutlak | 4.83[1] |
Pengelasan spektrum | G2V |
Metallicity | Z = 0.0122[2] |
Saiz bersudut | 31.6′ – 32.7′[3] |
Adjektif | suria |
Ciri-ciri orbit | |
Jarak purata dari pusat Galaksi Bima Sakti |
~×1017 km 2.5 000 tahun cahaya 26 |
Tempoh masa galaksi | (2.25–2.50)×108 a |
Halaju | ~ (orbit di sekeliling pusat galaksy) 220 km/s ~ (relatif kepada purata halaju bintang-bintang lain dalam dalam kelompok bintang) 20 km/s ~ 370 km/s[4] (relatif kepada sinaran latar belakang gelombang mikro kosmik) |
Ciri-ciri fizikal | |
Diameter purata | ×106 km 1.392[1] 109 × Bumi |
Jejari khatulistiwa | ×105 km 6.955[5] 109 × Bumi[5] |
Lilitan khatulistiwa | ×106 km 4.379[5] 109 × Bumi[5] |
Kepesekan | ×10−6 9 |
Luas permukaan | ×1012 km2 6.0877[5] 990 × Bumi 11[5] |
Isipadu | ×1018 km3 1.412[5] 300000 × Bumi 1 |
Jisim | ×1030 kg 1.9891[1] 000 × Bumi 333[1] |
Ketumpatan purata | ×103 kg/m3 1.408[1][5][6] |
Ketumpatan | Tengah (model): ×105 kg/m3 1.622[1] Fotosfera bawah: ×10−4 kg/m3 2 Kromosfera bawah: ×10−6 kg/m3 5 Korona (purata): ×10−12 kg/m3 1[7] |
Graviti permukaan khatulistiwa | 274.0 m/s2[1] g 27.94 28 × Bumi[5] |
Halaju lepas (dari permukaan) |
617.7 km/s[5] 55 × Bumi[5] |
Suhu | Pusat (dimodelkan): ~×107 K 1.57[1] Fotosfera (berkesan): K 5778 [1] Korona: ~×106 K 5 |
Kekilauan (Lsol) | ×1026 W 3.846[1] ~×1028 lm 3.75 ~ 98 lm/Wkeberkesanan |
Keamatan purata (Isol) | ×107 W·m−2·sr−1 2.009 |
Ciri-ciri putaran | |
Kecondongan | 7.25°[1] (pada ekliptik) 67.23° (pada satah galaksi) |
Jarak hamal kutub Utara[8] |
286.13° 19j 4min 30s |
Keserongan kutub Utara |
+63.87° 63°52' Utara |
Tempoh masa putaran ikut bintang (di khatulistiwa) |
25.05 hari[1] |
(di latitud 16°) | 25.38 hari[1] 25h 9j 7min 12s[8] |
(di kutub) | 34.4 hari[1] |
Halaju putaran (di khatulistiwa) |
×103 km/j 7.189[5] |
Kandungan fotosfera (berdasarkan jisim) | |
Hidrogen | 73.46%[9] |
Helium | 24.85% |
Oksigen | 0.77% |
Karbon | 0.29% |
Besi | 0.16% |
Neon | 0.12% |
Nitrogen | 0.09% |
Silikon | 0.07% |
Magnesium | 0.05% |
Sulfur | 0.04% |
Matahari (Jawi: ماتهاري ), mentari (Jawi: منتاري ) atau suria (Jawi: سوريا ) merupakan bintang terdekat dengan Bumi dengan jarak purata 149 680 000 kilometer (93,026,724 batu). Matahari dan lapan buah planet membentuk Sistem Suria. Matahari mempunyai garis pusatnya berukuran 1,391,980 kilometer atau 109 kali ganda Bumi[10] dengan suhu permukaan 5,500 °C dan suhu teras 15 juta °C. Matahari dikelaskan sebagai bintang kerdil jenis G. Cahaya dari matahari memakan masa 8 minit dan 20 saat untuk sampai ke Bumi[11] dan cahaya yang terang ini boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang terus kepada matahari menjadi buta.
Matahari merupakan satu bebola plasma hampir sempurna[12][13] dengan jisim sekitar 2 x 1030 kg atau 330,000 kali jisim bumi.[10] Untuk terus bersinar, matahari yang terdiri daripada gas panas menukarkan unsur hidrogen kepada helium melalui tindak balas lakuran nuklear pada kadar 600 juta tan, dengan itu kehilangan empat juta tan jisim setiap saat. Matahari dipercayai terbentuk pada 4.6 bilion tahun lalu[a][14][15] akibat runtuhan graviti jisim dalam lingkungan sesebuah awan molekul. Kepadatan jisim matahari adalah 1.41 kali lebih padat berbanding jisim air. Jumlah tenaga matahari yang sampai ke permukaan bumi dikenali sebagai pemalar suria yang menyamai 1.37 kilowatt per meter persegi setiap saat.
Matahari berputar selama 25.04 hari bumi setiap putaran dan mempunyai graviti 27.9 kali lebih kuat daripada graviti bumi. Terdapat julangan gas teramat panas yang boleh menjangkau sehingga sejauh 100,000 kilometer ke angkasa. Marakan matahari ini boleh mengganggu gelombang komunikasi seperti radio, televisyen dan radar di bumi dan mampu merosakkan satelit atau stesen angkasa yang tidak dilindungi. Matahari juga menghasilkan gelombang-gelombang radio, ultraungu, sinar inframerah, sinar-X, dan angin suria yang merebak ke seluruh Sistem Suria.
Bumi dilindungi daripada angin suria oleh medan magnetnya, sementara lapisan ozon pula melindungi bumi daripada sinaran ultraungu dan inframerah. Terdapat tompokan hitam yang wujud dari semasa ke semasa pada matahari yang disebabkan oleh perbezaan suhu di permukaan matahari, tompokan ini menandakan kawasan yang kurang panas berbanding kawasan lain dan mencecah keluasan melebihi saiz bumi. Kadang-kala peredaran bulan mengelilingi bumi menghalang sinaran matahari daripada sampai ke bumi, lantas mengakibatkan kejadian gerhana matahari berlaku.
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan