![]() | |||
| |||
| |||
|
Matematik kewangan adalah cabang matematik gunaan berkenaan dengan pasaran kewangan.
Tajuk ini mempunyai perhubungan rapat dengan disiplin ekonomi kewangan, yang sangat menitik beratkan dengan teori. Pada umumnya, matematik kewangan diperoleh dan diaplikasikan menggunakan model matematik atau nombor yang dicadangkan oleh ekonomi kewangan. Contohnya, seorang pakar ekonomi kewangan mungkin mengkaji sebab harga saham sesebuah syarikat, seorang ahli matematik kewangan pula mungkin mengambil harga saham seperti yang diberikan, dan cuba menggunakan kalkulus stokastik untuk mendapatkan nilai berpatutan pemerolehan pada saham.
Dalam segi amalan, bidang matematik kewangan agak bertindih dengan bidang kewangan pengiraan (juga dikenali sebagai kejuruteraan kewangan). Walaupun ini boleh dikatakan sama, kejuteraan kewangan tertumpu kepada aplikasi, sementara yang matematik kewangan tertumpu kepada model dan perolehan; silat lihat Analisis Kuantitatif.
Antara elemen yang terdapat dalam matematik kewangan seperti bunga dan anuiti.