Matt Busby

Sir Matt Busby
Maklumat peribadi
Nama penuh Alexander Matthew Busby
Tarikh lahir (1909-05-26)26 Mei 1909
Tempat lahir Orbiston, Bellshill, Scotland
Tarikh kematian 20 Januari 1994(1994-01-20) (umur 84)
Tempat kematian Cheadle, Stockport, England
Posisi permainan Sayap kanan
Kerjaya remaja
1928 Denny Hibs
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1928–1936 Manchester City 204 (11)
1936–1941 Liverpool 115 (3)
1941–1943Hibernian (guest) 0 (0)
Jumlah 319 (14)
Pasukan kebangsaan
1933 Scotland 1 (0)
1941 Scottish League XI 1 (0)
Pasukan diurus
1945–1969 Manchester United
1948 Great Britain
1958 Scotland
1970–1971 Manchester United
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Sir Alexander Matthew "Matt" Busby CBE, KCSG (26 Mei 1909 – 20 Januari 1994) merupakan bekas pemain dan pengurus bola sepak lagenda berbangsa Scotland, dimana merupakan pengurus Manchester United dari 1945 dan 1969 dan sekali lagi untuk separuh musim 1970-71. Rekod beliau di Manchester United hanya diatasi oleh Sir Alex Ferguson.

Sebelum memasuki pengurusan, Busby merupakan pemain untuk dua pasukan lawan Manchester United iaitu Liverpool dan Manchester City. Semasa di City, beliau bermain di dua perlawanan akhir Piala FA, menang satu daripadanya. Berikutan gangguan Perang Dunia II, Busby ditawarkan kerja sebagai pembantu jurulatih di Liverpool, tetapi mereka tidak bernarkan beliau untuk mengambil alih pasukan maka beliau nekad untuk menjadi pengurus Manchester United, dimana Busby terkenal dengan Busby Babes dan memperoleh 13 trofi bersama Manchester United.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne