Matthew McConaughey | |
---|---|
![]() McConaughey pada tahun 2015 | |
Kelahiran | Matthew David McConaughey 4 November 1969 Uvalde, Texas, A.S. |
Pusat pendidikan | Universiti Texas di Austin |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1991–sekarang |
Nilai bersih | US$75 juta (2014) |
Pasangan | Camila Alves (k. 2012) |
Anak-anak | 3 |
Matthew David McConaughey (/məˈkɒnəheɪ/;[2] lahir November 4, 1969)[3] ialah seorang pelakon dan penerbit Amerika Syarikat. Beliau mula mendapat perhatian menerusi peranannya dalam Dazed and Confused (1993) dan kemudiannya muncul dalam filem-filem seperti Texas Chainsaw Massacre: The Next Generation (1994), A Time to Kill (1996), Amistad (1997), Contact (1997), EDtv (1999) dan U-571 (2000).
Pada tahun 2000an, beliau lebih dikenali dengan membintangi filem romantik komedi,[4] termasuk The Wedding Planner (2001), How to Lose a Guy in 10 Days (2003), Failure to Launch (2006), Fool's Gold (2008) dan Ghosts of Girlfriends Past (2009). Sejak tahun 2010, beliau telah berpindah dari filem romantik komedi dan mempunyai peranan dalam The Lincoln Lawyer (2011), Bernie (2011), Killer Joe (2011), The Paperboy (2012), Mud (2012), Magic Mike (2012), The Wolf of Wall Street (2013) dan Interstellar (2014). Sesetengah pengkritik filem dan wartawan juga merujuk kepada era filem ini sebagai 'McConaissance'.[5]
McConaughey mencapai kejayaan besar pada tahun 2013 untuk lakonannya dalam Dallas Buyers Club yang mendapatkan beliau Anugerah Akademi dan Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Lelaki Terbaik. Pada tahun 2014, beliau membintangi sebagai Rust Cohle dalam siri HBO, True Detective dimana beliau memenangi Anugerah Pilihan Pengkritik dan dicalonkan Anugerah Primetime Emmy untuk Pelakon Lelaki Cemerlang dalam Drama Bersiri.
|deadurl=
ignored (bantuan); Italic or bold markup not allowed in: |publisher=
(bantuan)