Matthias Sammer

Matthias Sammer
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1967-09-05) 5 September 1967 (umur 57)
Tempat lahir Dresden, Jerman Timur
Ketinggian 1.80 m (5 ka ​10 78 in)
Posisi permainan Pemain tengah bertahan
Sweeper
Kerjaya remaja
1976–1985 Dynamo Dresden
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1985–1990 Dynamo Dresden 102 (39)
1990–1992 VfB Stuttgart 63 (20)
1992–1993 Internazionale 11 (4)
1993–1999 Borussia Dortmund 115 (21)
Jumlah 291 (84)
Pasukan kebangsaan
1986–1990 Jerman Timur 23 (6)
1990–1997 Jerman 51 (8)
Pasukan diurus
2000–2004 Borussia Dortmund
2004–2005 VfB Stuttgart
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Matthias Sammer (Sebutan bahasa Jerman: [maˈtiːas ˈzamɐ]; lahir 5 September 1967) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Jerman. Beliau kali terakhir menjawat jawatan pengarah sukan di kelab Bayern Munich. Sepanjang kariernya, beliau bermain di posisi pemain tengah bertahan dan bermain sebagai sweeper pada lewat kariernya.

Ketika menjadi pemain Borussia Dortmund, Sammer meraih kejuaraan Bundesliga dan DFL-Supercup pada tahun 1995. Beliau mengulangi dua pencapaian tersebut pada tahun berikutnya selain dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Eropah pada tahun 1996 dan menjuarai Liga Juara-Juara UEFA dan Piala Antara Benua pada 1997. Bersama pasukan kebangsaan Jerman, Sammer merangkul trofi Euro 1996 dan dianugerahkan Pemain Terbaik Kejohanan. Beliau turut meraih anugerah Ballon d'Or pada tahun yang sama. Sammer secara keseluruhannya tampil dalam 74 perlawanan antarabangsa. 23 perlawanan untuk pasukan Jerman Timur manakala baki untuk pasukan Jerman.

Di bawah kendalian Sammer, Borussia Dortmund menjuarai Bundesliga pada tahun 2002.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne