Maulidur Rasul Maulud Nabi Muhammad SAW مولد الرسول مولود نبي محمد ﷺ | |
---|---|
Also called | Eid al-Mawlid an-Nabawī (المولد النبوي), Maulid, Maulud Nabi Muhammad SAW[1] |
Observed by | Pengikut Ahli Sunah Waljamaah, Syiah dan cabang dan mazhab Islam yang lain kecuali sedikit (Wahabi/Salafi dll.) |
Type | Islam |
Significance | Ulang tahun keputeraan Nabi Muhammad SAW |
Observances | berpuasa, perarakan awam, nyanyian keagamaan, perjumpaan keluarga dan masyarakat, perhiasan jalan dan rumah |
Date | 12 Rabiulawal |
Frequency | Tahunan qamari (setiap 12 bulan qamari) |
Sebahagian dari siri mengenai |
Muhammad |
---|
Sebahagian daripada siri berkaitan |
Islam |
---|
Maulidur Rasul (Jawi: مولد الرسول) atau Maulud Nabi Muhammad SAW (مولود نبي محمد ﷺ) ialah hari keputeraan Nabi Muhammad, nabi terakhir yang diutus oleh Allah dalam Islam. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiulawal (bulan ketiga) dalam takwim Hijrah, atau dalam takwim Masihi, Isnin, 20 April 571 M. Tapak keputeraan baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.
Sejarah Maulidur Rasul bermula sejak zaman awal Islam, ketika sebilangan tabi'in mula mengadakan penganjuran nyanyian syair dan lagu terhadap Rasulullah.[2] Penguasa Islam pertama yang diduga menyambut Maulidur Rasul secara rasmi ialah Muzaffar al-Din Gökböri (630 H/1233 M).[3] Pihak Uthmaniyah mengisytiharnya sebagai sambutan rasmi pada 1588,[4] dikenali sebagai Mevlid Kandil.[5]
Penyertaan dalam perayaan ini umumnya dipandang sebagai ekspresi rasa keimanan dan kebangkitan keagamaan bagi para penganutnya.[6] Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Sebahagian besar warga Islam mengiktiraf sambutan Maulidur Rasul;[7][8] tetapi, dengan perkembangan aliran konservatif seperti Wahabi-Salaf (Timur Tengah), Deobandi dan Ahl-i Hadith (Asia Selatan),[9] sambutan Maulidur Rasul mula mendapat penentangan kerana disifatkan sebagai bidaah. Maulidur Rasul diiktiraf sebagai hari cuti di kebanyakan negara Islam, dengan Arab Saudi dan Qatar terkecuali. Beberapa negara bukan Islam dengan populasi Muslim ketara seperti India juga mengiktirafnya sebagai hari cuti.[10]
|access-date=
(bantuan)