![]() Verstappen di Grand Prix Belanda 2024. | |||||||||
Lahir | Max Emilian Verstappen 30 September 1997 Hasselt, Belgium | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu | |||||||||
Kewarganegaraan | ![]() | ||||||||
Pasukan 2024 | Red Bull Racing-Honda RBPT[1] | ||||||||
Nombor kereta | 33 1 (2022-)[a] | ||||||||
Entri | 203 (203 perlumbaan) | ||||||||
Kejuaraan | 3 (2021, 2022, 2023) | ||||||||
Kemenangan | 61 | ||||||||
Podium | 109 | ||||||||
Mata kerjaya | 2917.5 | ||||||||
Petak pertama | 40 | ||||||||
Pusingan terpantas | 32 | ||||||||
Perlumbaan pertama | Grand Prix Australia 2015 | ||||||||
Kemenangan pertama | Grand Prix Sepanyol 2016 | ||||||||
Kemenangan terakhir | Grand Prix Sepanyol 2024 | ||||||||
Perlumbaan terakhir | Grand Prix Singapura 2024 | ||||||||
Kedudukan 2023 | Pertama (575 mata) | ||||||||
| |||||||||
Tandatangan | |||||||||
![]() | |||||||||
Max Emilian Verstappen (sebutan Belanda: [mɑks eːmiliɑn vɛrstɑpən]; lahir 30 September 1997; umur 27 tahun) adalah seorang pemandu kereta lumba Belgium-Belanda[3] yang bersaing di bawah bendera Belanda dalam Formula Satu dengan pasukan Red Bull Racing. Di Grand Prix Australia 2015 apabila dia berumur 17 tahun, 166 hari, dia menjadi pemandu termuda untuk bersaing dalam Formula Satu. Dia adalah anak kepada bekas pemandu Formula Satu Jos Verstappen.
Setelah menghabiskan musim 2015 dengan Toro Rosso, beliau memulai musim 2016 bersama dengan pasukan Itali ini, sebelum dinaikkan pangkat kepada pasukan induk Red Bull Racing sebagai pengganti Daniil Kvyat. Pada usia 18 tahun, dia memenangi Grand Prix Sepanyol 2016 pada penampilan sulungnya untuk Red Bull Racing, menjadi pemandu termuda dan pemandu Belanda pertama memenangi Grand Prix Formula Satu.[4] Dengan memenangi Grand Prix Abu Dhabi 2021, dia menjadi pemandu Belanda pertama memenangi Kejuaraan Dunia Formula Satu. Dia adalah Juara Dunia Pemandu Formula Satu ke-34.[5]
Setakat Grand Prix Abu Dhabi 2021, dia telah mencapai 19 lagi kemenangan, termasuk yang pertama untuk pemandu berkuasa Honda sejak 2006. Dia menamatkan kejuaraan 2019 dan 2020 di tempat ketiga. Verstappen dijangka kekal di Red Bull sehingga sekurang-kurangnya akhir musim 2023 selepas menandatangani lanjutan kontrak.[6]
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan