Mayflower ialah sebuah kapal dari England yang mengangkut sekumpulan penganut Puritan (kini bergelar Pilgrim) —sebanyak 102 orang penumpang termasuk 30 anak kapal dianggarkan namun bilangan sebenar tidak diketahui[1]— dari Plymouth ke benua Amerika Utara dalam Dunia Baru pada tahun 1620.[2] Para penumpang kapal ini menandatangani suatu persetiaan (Mayflower Compact) sebelum meninggalkan kapal dan mendirikan suatu petempatan baru di sana: dokumen tersebut dikarang membentuk satu bentuk demokrasi asas dengan setiap ahli yang menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.[3]
Kapal ini telah menjadi salah satu simbol utama dalam sejarah pembentukan negara Amerika Syarikat yang moden, terutamanya berkaitan sejarah pertapakan pendatang-pendatang asing dari Dunia Lama (terutamanya Eropah) yang tiba membentuk budaya dan kependudukan negara moden ini.[4]