Mechamato Movie | |
---|---|
Pengarah | Nizam Razak |
Penulis | Nizam Razak |
Berdasarkan | Mechamato oleh Nizam Razak |
Dihasilkan oleh | Kee Yong Pin Nizam Razak Ezdiani Ahmad Fawzi (eksekutif) Raja Jastina Raja Arshad (eksekutif) Ferdiawan Gunarto (penyelaras) |
Dibintangi | Armand Ezra Ezal Adzlan Nazir Fadhli Mohd Rawi Ielham Iskandar Marissa Balqis Fazreen Mohd Hazzley Abu Bakar Feroz Faizal |
Disunting oleh | Dzubir Mohammed Zakaria Raja Nukman Raja Mohd Noordin Hafiz Ashraf Saipul Islam |
Muzik oleh | Yuri Wong Nur Sharmine Md Bakri Simmy Lor |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh |
|
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 122 minit (pawagam)[1] 123 minit (Astro On Demand) |
Negara | Malaysia Singapura Brunei Indonesia Thailand Vietnam Jepun Korea Selatan |
Bahasa | Melayu Inggeris Jepun |
Bajet | RM10 juta[2] |
Pecah panggung | RM35.88 juta |
Mechamato Movie ialah sebuah filem aksi cereka sains animasi komputer Malaysia 2022 dan prekuel kepada siri animasi Mechamato: The Animated Series. Dihasilkan oleh Monsta Studios dan Astro Shaw bersama serta diedarkan oleh Astro Shaw, filem ini ditulis dan diarahkan oleh Nizam Razak dan dibintangi oleh Armand Ezra, Adzlan Nazir, Fadhli Mohd Rawi, Ielham Iskandar, Marissa Balqis, Fazreen Mohd, Hazzley Abu Bakar dan Feroz Faizal. Filem ini mengikuti pertemuan pertama Amato dengan MechaBot dalam kapal angkasa penjara yang terhempas di mana Amato akhirnya menjadi tuan baharu MechaBot, menyebabkan mereka dikejar oleh Grakakus, makhluk asing yang jahat.
Pada mulanya diumumkan untuk tayangan 2021, filem ini telah ditangguhkan beberapa kali disebabkan oleh pandemik COVID-19. Hal ini menyebabkan siri animasi dikeluarkan sebelum filem ini. Tayangan filem ini diumumkan secara rasmi pada September 2022.
Mechamato Movie mula ditayangkan di Malaysia dan Brunei pada 8 Disember 2022 sementara Indonesia dan Singapura ditayangkan pada Mac 2023. Filem ini mendapat pujian dari pengkritik filem dan artis-artis tempatan dari segi kualiti dan jalan penceritaan.