![]() | |
Nama dahulu | Dilof Sdn. Bhd. (2018–2019) |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Swasta |
Industri | Penerbitan dan percetakan |
Pendahulu | Dilof |
Ditubuhkan | 23 Ogos 2018 |
Pengasas | Syed Mokhtar Al-Bukhary |
Ibu pejabat | Shah Alam, Selangor, Malaysia |
Tokoh penting | Syed Mokhtar Al-Bukhary (Pengerusi) |
Syarikat induk | Kumpulan Utusan ![]() |
Anak syarikat | Media Prima Berhad |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Media Mulia Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai Dilof) ialah sebuah syarikat penerbitan dan pengedaran bahan bercetak Malaysia. Ditubuhkan pada 23 Ogos 2018 sebagai Dilof Sdn. Bhd., anak syarikat Utusan Melayu (M) Berhad, namanya telah ditukar kepada Media Mulia pada 9 Oktober 2019 lantaran 70 peratus kepentingan Dilof dijual kepada Aurora Mulia Sdn. Bhd.,[1] pemegang saham terbesar Media Prima Berhad, kumpulan media dan hiburan terbesar Malaysia.[2]
Media Mulia mengambil alih pengurusan Utusan Malaysia dan Kosmo! apabila kedua-dua akhbar berkenaan dihentikan penerbitan pada 9 Oktober 2019 akibat masalah kewangan yang dihadapi oleh Utusan.[3]