Media sosial (bahasa Inggeris: social media , disingkatkan sebagai Medsos) adalah sejenis media yang digunakan terus secara bertalian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi kandungan tersendiri. [1] Andreas Kaplan dan Michael Haenlein mendefinisikan media sosial sebagai "sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, dan yang membolehkan penciptaan dan pertukaran." [2]
Ia datang dalam pelbagai format termasuk blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia maya di mana ia membolehkan pemuatnaikan dan perkongsian karangan, gambar, video, audio dan grafik sesama rakan sepengunaan yang boleh memberi maklum balas secara terbuka dalam masa yang lebih cepat dan tidak terhad ruang berbanding media tradisional (termasuk percetakan dan penyiaran).[3]
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan); |access-date=
requires |url=
(bantuan)
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)