Mega Man X4 | |
---|---|
![]() Kulit depan untuk PlayStation bagi versi Amerika Utara | |
Pembangun | Capcom |
Penerbit | |
Pengeluar | Keiji Inafune Yoshinori Takenaka |
Pereka | Koji Ohkohara Mitsuru Endo Hiroyuki Yamato |
Komposer | Toshihiko Horiyama |
Siri | Mega Man Mega Man X ![]() |
Platform | Sega Saturn, PlayStation, Windows, PlayStation Network (PlayStation 3, PlayStation Vita, PlayStation Portable) |
Pelepasan | 1 Ogos 1997
|
Genre | Aksi |
Mod | Pemain tunggal |
Mega Man X4, dikeluarkan di Jepun sebagai Rockman X4 (ロックマンX4) merupakan permainan video yang dibangunkan oleh Capcom. Ia merupakan judul keempat dalam siri Mega Man dan judul kedua dikeluarkan untuk konsol Sega Saturn dan Sony PlayStation. Kedua-dua versi ini dikeluarkan serentak di Jepun pada 1 Ogos 1997, manakala di Eropah judul ini dikeluarkan untuk platform PlayStation sahaja.
Permainan video ini berkisarkan kepada masyarakat di sebuah tempat yang dihuni oleh manusia dan robot pintar yang dipanggil sebagai Reploids pada abad ke-22. Pasukan tentera yang dipanggil Maverick Hunters ditugaskan untuk menyekat kebangkitan Mavericks, robot yang berkelakuan jahat. Watak utama dalam permainan video ini iaitu Mega Man X dan Zero terlibat dalam konflik di antara pihak Hunters dan pasukan robot Reploid yang dipanggil sebagai Repliforce.
Mega Man X4 merupakan permainan video bergenre aksi. Dalam permainan ini, pemain perlu melengkapkan 8 jenis peringkat yang berbeza dimana pemain akan berlawan dengan musuh, memperoleh kuasa dan mendapatkan senjata khas apabila mengalahkan bos di setiap peringkat. Tidak seperti judul lain dalam siri Mega Man X, permainan video ini membolehkan pemain memilih watak yang akan digunakan sebelum permainan bermula iaitu X yang biasa menggunakan serangan jarak jauh atau Zero yang memiliki pedang jarak dekat.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama r20
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama narelease
|trans_title=
ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |8=
(bantuan)