Melaka United

Melaka United
Nama penuhKelab Bolasepak Melaka United[1]
GelaranHang Tuah
Sang Kancil
Nama pendekKBMB
Diasaskan1924; 101 tahun yang lalu (1924) (PBA Melaka)
2013; 12 tahun yang lalu (2013)
(Melaka United)
Dimansuhkan2022; 3 tahun yang lalu (2022)
StadiumStadium Hang Jebat,
Krubong, Melaka
(Kapasiti: 40,000)
PresidenMelaka Adly Zahari
PengurusMalaysia Datuk Wira Yusof Mahadi
JurulatihMalaysia Zainal Abidin Hassan
LigaLiga Super Malaysia
2020Ke-9
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga

Kelab Bolasepak Melaka United merupakan sebuah kelab bola sepak profesional di Bandar Melaka. Kelab yang ditubuhkan semenjak dari tahun 1924 ini telah menggunakan Stadium Kubu atau nama rasminya kini sebagai Stadium Hang Tuah sebagai gelanggang rasmi sebelum berpindah ke Stadium Hang Jebat di Paya Rumput berdekatan Krubong. Stadium baru ini telah dibina untuk kegunaan Sukan SUKMA di Melaka pada tahun 2010.

Kelab ini kini bertanding dalam liga teratas dalam arena bola sepak Malaysia iaitu Liga Super Malaysia 2017 setelah dinaikkan liga sebagai juara dari Liga Premier Malaysia 2016. Kelab ini dahulunya dikenali sebagai Melaka atau nama penuhnya PBA Melaka sebelum dijenamakan semula bermula Ogos 2013 sebagai Melaka United di mana penjenamaan kelab akan digunakan sepenuhnya bermula dari musim 2014[2][3]. Nama timangan bagi Melaka United sebelum ini adalah Sang Kancil sebelum ditukar kepada skuad Hang Tuah di mana panggilan ini sinonim dengan kekuatan dan kebijaksanaan.

Kit pasukan tuan rumah bagi Melaka Bersatu adalah berwarna hijau dan putih di mana warna ini merupakan warna keramat dan ikonik bagi bola sepak Melaka. Lencana ataupun logo pasukan ini sudah lama tidak ditukar dan sempena kebangkitan kelab ini ke Liga Perdana Malaysia, logo baru telah diperkenalkan dalam usaha untuk menjenamakan semula dan memodernkan imej pasukan. Logo lama pasukan masih akan digunakan sebagai logo bagi persatuan iaitu Melaka United Soccer Association ataupun MUSA yang akan menguruskan pasukan Melaka United di mana logo berkenaan telah diperkenalkan semenjak awal 1940an dan logo batu akan digunakan oleh pasukan dalam perlawanan liga.

Pada tahun 2020, Melaka United umum pembubaran secara rasminya ekoran masalah hutang pemain berlarutan yang berjumlah RM 3 juta dan kini digantikan oleh kelab yang kurang dikenali, Melaka FC.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne